" />

Sunday 13 March 2011

Sayangnya ALLAH pada kaum wanita..

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah. Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

WANITA perlu taat kepada suami tetapi LELAKI wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita? Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.

WANITA perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di muka bumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang LELAKI akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita iaitu isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.

Manakala seorang WANITA pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki ini:
suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

Juga, seorang WANITA boleh memasuki pintu syurga melalui mana-mana pintu syurga yang disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja:

1. Sembahyang 5 waktu
2. Puasa di bulan Ramadhan
3. Taat suaminya
4. Menjaga kehormatannya

Masya ALLAH, sayangnya ALLAH pada wanita.. Suatu keistimewaan yang tak ternilai..

No comments:

Post a Comment